Quantcast
Channel: AmanWan | Comics & Career
Viewing all 120 articles
Browse latest View live

Bercakap dengan Dewasa

$
0
0
Dub Dap Dub Dap!

Jantung Aman memang berdebar gila apabila dapat tawaran untuk memberikan talk tentang komik di IPPTAR, Angkasapuri. Sudahlah topik yang diberi adalah tentang TRIBE, malah audiens semuanya adalah orang DEWASA!

Fuh! Bukan main kau ya Abang tembam!

Tawaran ini Aman terima daripada Nazry Salam yang merupakan seorang penulis novel/komik yang berpengaruh di industri buku/komik Malaysia! Pada masa itu, Aman memang teringin untuk cuba memberikan talk yang berbeza. Selalunya Aman pergi ke sekolah, bertemu para pelajar, jadi mahu cuba tukar angin sekali sekala.

Walaupun Aman sudah jelajah lebih 200 buah sekolah, namun debaran untuk bertemu audiens yang dewasa tetap tak hilang-hilang. Ialah, berbeza langsung cara approachnya. Mana boleh dianak-anakkan. Nanti ada buku kena baling di kepala. Huhu!

Jadi, Aman ambil masa 1 minggu untuk prepare skrip, joke dewasa dan juga slide presentation yang lebih matang. Well, tidak terlalu matang sebab BLINK kan jenis fun lagi gedik mengada-ngada gitu. Hahaha!

Segalanya Blue Pink... Segalanya BLINK BLINK!

Ketika hari Aman memberikan talk, rupanya, ada beberapa rakan pekomik yang turut ada iaitu Irfan Foner, Reja Mus dan Nazr! Berbual-bual dengan mereka sebelum talk bermula atleast dapat mengurangkan sedikit gundah gulana.

Antara panelis pekomik yang bakal beraksi!


Sesi menghilangkan gemuruh bersama REVgang!

Alhamdulillah, ketika giliran Aman memberikan talk, walaupun dimulakan dengan suara yang agak terketar, tetapi segalanya berjalan lancar. Sehingga Aman terambil masa Reja pula. Hoho!

Respon dari audiens dewasa ternyata berbeza dengan para pelajar sekolah. Aman dapat lihat wajah dan riak mereka sekiranya apa yang Aman sampaikan adalah sesuatu yang berguna ataupun baru untuk mereka. Malah, dapat juga perhati topik apa yang menjadi tumpuan utama dan topik apa yang menghiburkan hati orang dewasa.

Aman betul-betul seronok dengan respon yang diberi. Ini adalah kali pertama Aman beri talk dengan orang dewasa. Pelajar skeolah rendah sudah beratus kali, pelajar menengah juga sudah berpuluh, peljaar universirti adalah dalam 3 kali. Kini dapatlah Aman menambah portfolio dan pengalaman bersama audiens dewasa. InsyaAllah, kalau ada peluang, mahu cuba lagi dan lagi!

Panelis pekomik bersama para peserta yang berbakat awesome!

Selepas ini, golongan mana lagi ya yang Aman mahu cuba beri talk? Ibu-ibu mengandung? Hohoho!

9 JUN 2016 | BANGUNAN ANGKASAPURI

-out-



Super Bodyguard & Diari Pink

$
0
0

Sebulan lebih sudah berlalu sejak terbitnya dua novel ini pada 29 April 2016 di Pesta Buku Antarabangsa yang lepas. Selama sebulan lebih ini juga, Aman sentiasa aktif di Facebook, Instagram dan blog2 untuk mencari segala jenis respon dan ulasan pembaca berkenaan novel-novel ini.

Apa yang Aman terima?
Cukup membuatkan diri ini terbang ke udara! Ewah!

Sememangnya Aman sangat berterima kasih kepada pembaca kerana memberi peluang pada Aman untuk berkarya secara taipan ni. Sambutan mereka sangat positif dan ulasan juga mendapat markah yang agak memuaskan hati. Thanks!

Jadi, untuk entry kali ini, giliran Aman pula untuk membuat ulasan pada novel sendiri. Aman bukannya nak beritahu pada pembaca blog bahawa novel-novel Aman ini adalah yang terbaik. Tetapi hanya untuk rujukan diri di masa hadapan untuk apa yang perlu Aman baiki dan elemen apa yang perlu Aman kekalkan di dalam penulisan novel yang seterusnya. Yosh!

* * * * *

AKU MAHU SUPER BODYGUARD

Apa yang Aman suka dengan novel ini adalah persahabatan antara 3 watak utama iaitu Afiqah, Juliana dan Firdi. Ketiga-tiga watak ini punyai goals dan personaliti yang berbeza. Secara asasnya, 3 watak ini adalah watak tipikal pelajar sekolah yang sebelum ini mereka membuat kemunculan pertama di dalam novel Aku Mahu Bunga Di Hati hasil karya penulis Naim Jalil. Namun Aman cuba untuk berikan keunikan dan personaliti baru pada mereka walau sedikit. Alhamdulillah, ada terdapat juga perbezaannya.

Berkenaan plot, jalan cerita novel ini semacam rollercoaster dengan pelbagai mainan emosi. Ini kerana Aman cuba untuk mewujudkan tension dibahagian klimaks cerita. Jadi, sejak dari awal, Aman perlu selitkan tension itu tanpa mengurangkan babak diva-ness dan kegedikan yang sememangnya sinonim dengan BLINK. Terutama apabila Aman menggunakan watak The Wannababes sebagai salah satu tunjang utama. Fuhh!

Bercerita tentang The Wannababes. 7 watak gadis diva ini adalah watak yang cukup ikonik dengan BLINK dan merupakan watak original daripada Kak Ain Maisarah sendiri. Untuk menguasai personaliti 7 watak gedik ini juga bukan calang-calang! Setiap mereka punyai kegedikan yang tersendiri. Fasha dengan watak ketua pemutus kata, Shasha dengan sifat cool, Fazura dengan rebel, Nana dengan lawak hambarnya dan lain-lain.

Aman cukup berterima kasih pada Kak Ain dan penulis Haziq Ridzuan kerana banyak membantu Aman dalam menguasai watak 7 gadis gedik ini. Walaupun pada awalnya agak pening kepala, namun hasilnya cukup memuaskan hati Aman! Yatta!

Plot twist di dalam novel ini merupakan X-factor yang Aman cuba simpan dan letupkan apabila pembaca sampai pada bab ia berada. Pada awalnya, X-factor ini agak lemah. Namun ketika Aman sedang siapkan manuskrip, Aman telah melakukan penambahan pada watak yang membuatkan ianya better dari sebelum ini. Ramai juga pembaca yang respon terhadap twist ini. Berjaya!

Ada 3 babak yang Aman paling suka ketika menulis novel ini. Yang pertama adalah babak tegang di antara Afiqah dan Juliana selepas tamatnya teater. Yang kedua pula babak klimaks Afiqah yang berjaya menjadi 'Super Bodyguard' yang sebenar. Yang terakhir adalah babak ending cerita.

Tiga-tiga babak ini kekuatannya bagi Aman adalah pada emosi dan dialog yang disampaikan. Aman sangat-sangat berharap dialog dan emosi ini dapat sampai pada pembaca dengan tepat. Tiga-tiga membawa emosi yang berbeza namun cara penulisannya sangat-sangat Aman suka tulis dan baca!

RANCANGAN SETERUSNYA : Aman sudah bercadang untuk kembangkan lagi kisah persahabatan 3 watak utama ini. Bagi Aman, watak mereka masih banyak lagi perlu diunikkan supaya tidak terlalu tipikal. Jadi, Aman telah merancang setiap mereka bakal menjadi peneraju utama untuk novel-novel Aku Mahu Super yang seterusnya.

Bermula dengan Afiqah dengan kisah bodyguardnya, kemudian Firdi dengan dilema mama baru, dan Juliana dengan rahsia diri yang tersebar merata! Kemudian, Aman akan tamatkan kisah 3 sahabat ini dengan 1 lagi novel yang punyai permainan emosi tahap maksima. Jika perancangan ini berjaya, novel-novel ini bakal terbit sebelum penghujung tahun 2018 nanti. InsyaAllah!

* * * * *

AKU MAHU DIARI PINK

Seriously Aman lebih enjoy merangka novel ini berbanding Aku Mahu Super Bodyguard! Haha! Okey, untuk yang tertanya-tanya, apahal AmanWan kata ini novel dia sedangkan terang, nyata lagi jelas tiada nama Aman di depan kaver novel ini.

Haaa... Aman merupakan pereka cerita untuk novel ini dan juga mentor kepada Alam Anuar yang mengembangkan cerita Aman menjadi setebal 120 pages! Jadi, secara tidak langsung, apabila orang suka akan ceritanya, Aman juga turut seronok!

Okey, kekuatan novel ini adalah pada personaliti dan kebodohan di watak utama yang Super Bimbo iaitu Ezra dan Kisha. Sekiranya watak utama cerita ini adalah tipikal pelajar sekolah, ianya pasti agak bosan. Namun. kebodohan watak dengan aksi dan dialog merepek cukup buat Aman enjoy menaip rangka cerita ini. Haha!

Watak Ezra Fazrirah ini pernah membuat kemunculan pertama di dalam novel Aku Mahu jadi The Wannababes, hasil penulisan Haziq Ridzuan. Apabila Aman terbaca personaliti watak ini yang mempunyai potensi dikembangkan, terus sahaja Aman guna dan memikirkan idea yang menarik. Bagi Aman, premis cerita ini sudah cukup kuat. Malah lebih kuat berbanding Aku Mahu Super Bodyguard.

"Kisah si gadis gedik yang suka menulis diari dan diari itu tertukar dengan diari si pembunuh bersiri!" Tengok, hanya 1 ayat mudah Aman boleh ceritakan konsep dan sinopsis yang membuatkan ornag tertarik mahu baca.

Walaupun cerita ini super gedik, tetapi tetap ada cabaran nak mereka cerita ini. Gedik juga adalah satu seni! Sekiranya di dalam novel Aku Mahu Super Bodyguard ada watak The Wannababes, si 7 gadis gedik yang cukup diva, tetapi untuk watak Ezra dan kisha, Aman mahukan gediknya berbeza! Jadi, banyak kali juga Aman menonton sitcom yang mempunyai watak gedik dan bimbo yang nyata dan Aman cuba tiru dialog-dialog serta kebodohan watak itu. Antara yang Aman rujuk adalah filem Mean Girls dan sitcom 2 Broke Girls.

Semua dialog-dialog ini Aman telah selitkan di dalam dokumen rangka cerita supaya Alam Anuar dapat gambaran yang jelas tentang personaliti watak yang Aman mahukan. Alhamdulillah, Aman dapat respon positif dari pembaca tentang watak-watak ini! Yeay!

Novel ini dan Super Bodyguard mempunyai 1 elemen yang sama diterapkan iaitu kisah pelajar sekolah yang terlibat dengan penjenayah. Aman sukakan elemen jenayah kerana watak pelajar ini dapat lari dari aktiviti normal sekolah yang biasa-biasa. Reaksi mereka terhadap penjenayah itu adalah kunci utama menjadi tarikan pada pembaca. Ini yang Aman percayalah.

RANCANGAN SETERUSNYA : Dua-dua watak Ezra dan Kisha ini sangat-sangat berpotensi untuk mempunyai golongan peminat yang tersendiri dikalangan pembaca. Yang penting, mereka perlu mempunyai plot yang menarik untuk dihasilkan. Aman sudah mempunyai idea untuk novel Aku Mahu ____ Pink yang seterusnya. Novel ini bakal mempunyai sedikit elemen fantasi dan juga cross-over dengan watak Firdi dalam novel Aku Mahu Super yang seterusnya!

Aman sungguh tak sabar nak siapkan rangka cerita dan kembali berlakon bimbo bersama Ezra dan Kisha. Sememangnya novel ini adalah satu peluang Aman untuk mengada-ngada secara nyata. Ahaks! Semoga segalanya bakal berjalan lancar!

* * * * *

Well, that's my review dan commentary tentang 2 novel terbaru tahun 2016 ini. InsyaAllah tidak lama lagi, dalam tahun ini juga akan terbit novel Aku Mahu Jadi Travelistar yang bakal ditulis oleh penulis Hazira Hanapi. Pereka ceritanya? You know who. ;)

So, nanti kita buat review untuk novel itu selepas ia terbit pula okei! Sememangnya ada banyak yang Aman mahu cerita tentang Aku Mahu Jadi Travelistar itu.

Hopefully, Aman akan lebih aktif dalam menghasilkan cerita yang lebih berkualiti pada masa hadapan. Sekarang ini juga ada beberapa manuskrip yang masih sedang disiapkan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin!!

Terima kasih geng untuk segala sokongan. Much love!

-out-

Sang Lembaga Kembali Lagi

$
0
0
Akhirnya, hari ini Aman berjaya menyiapkan manuskrip novel seram terbaru yang bertajuk....
...Korban Kerusi Biru~!!

Yup, ini adalah novel kedua, sambungan selepas novel Lembaga Kerusi Belakang yang terbit pada Disember 2015 lepas. Well, bukan sambungan la... sebab jalan cerita Korban Kerusi Biru ini berlaku 10 tahun sebelum kejadian ngeri di dalam buku yang pertama. Ala-ala flashback... Ala-ala Star Wars episode 1 gitu!

Novel ini rangka ceritanya sudah approve semasa November 2015 lagi, tetapi Aman terpaksa hold sekejap menaip kerana perlu fokus pada produksi buku di Pesta Buku 2016 iaitu Aku Mahu Super Bodyguard dan Aku Mahu Diari Pink. Selepas tamat pesta buku, Aman terlibat dengan produksi Aku Mahu jadi Travelistar dan beberapa siri nomik yang terbaru. Pehh.. memang busy sampai novel sendiri tergendala.

Alhamdulillah! Bersempena Ramadhan Mubarak ini, sekali lagi manuskrip berjaya disiapkan! Ketika menaip Lembaga Kerusi Belakang dahulu pun semasa Ramadhan juga. Ehem... ini juga salah satu sebab novel tergendala. menunggu bulan puasa biar syaitan iblis terikat, jadi menaip novel seram di waktu malam tidaklah takut snagat. Hihihi!

Sememangnya, Aman sudah ada perancangan untuk hasilkan trilogi kisah seram yang berkaitan KERUSI ini. Malah, setiap tiga buku juga bakal mempunyai elemen seram yang berbeza-beza.

Novel pertama, Lembaga Kerusi Belakang mendapat respon yang cukup-cukup positif sehingga menjadi antara buku yang tertinggi carta jualan dalam BLINK. Jadi, Aman berharap novel kedua ini juga bakal menyaingi atau setanding dengan siri yang pertama.

Tidak banyak yang Aman boleh cerita lagi tentang novel ini buat masa sekarang. Tetapi apa yang Aman boleh katakan.. kepada peminat cerita tragis dan berdarah, ini novel untuk anda. Hee!

Sekarang, novel Korban Kerusi Biruini sedang di dalam proses editing oleh Kak Ain Maisarah. Konsep kaver yang Aman lukis ini pun sudah mendapat kelulusan Tuan Pengurus dan sudah di pass kepada illustrator sebagai rujukan. Tak sabar mahu lihat hasil kaver yang terakhir!

Apapun, hope korang semua akan menyokong karya Aman ini. Buku yang ketiga dan terakhir akan Aman cuba siapkan sebelum akhir tahun nanti. Sekarang ini Aman kembali busy untuk produksi buku untuk Pesta Buku 2017 pula. Aman bakal terlibat dengan 2 novel Dongeng dan 1 lagi siri Aku Mahu Super... sambungan kepada Aku Mahu Super Bodyguard! Yeah!

Semoga segalanya berjalan lancar. Amin!

-out-

Tentang Penulis Ini

$
0
0
Malam Anugerah BLINK tiba lagi! Macam biasa, kemeriahan memang tidak dinafikan sangat best! Manakan tidak, penulis BLINK jarang-jarang dapat berkumpul ramai-ramai begini! Jadi, masing-masing pun riuh dengan gosip itu ini. Diva sangat! Hoho!


Seperti tahun-tahun lalu, Aman masih lagi mendapat Anugerah Penulis Aktif PJS dan diberikan 2 keping emas! Terima kasih! Malah, dapat bunga dan macaroon comel dari Hazira hanapi juga! Yeah!


Namun, kali ini Aman tak dapat TOP 3 dalam carta Penulis Tertinggi Royalti, kerana Aman jatuh tempat ke-5~!! Saingan kali ini memang hebat-hebat! Sekiranya mahu pecut, memang memerlukan kerja keras sepanjang tahun ini. Apapun, inilah adat keluarga BLINK. Saling berlumba-lumba dan merempit secara berhemah supaya semua boleh berjaya! Yosh!


Tahun ini, Aman perasan bahawa setiap kali Tuan Pengurus dan Kak Ain memberikan cek royalti, mereka pastinya akan membuat sedikit 'review' tentang keistimewaan setiap penulis BLINK. Setiap tahun pun begitu. Jadi, Aman rasa, entry kali ini Aman mahu letakkan ucapan Tuan Pengurus supaya menjadi rujukan dan pembakar semangat di masa hadapan. Yosh!

* * * * *

SYAIZUL AMAL |Ketua Syarikat Blink Book.

"Ain Maisarah selalu mencari, penulis yang boleh gantikan dia. Kita cari nama A, kita ada nama B, lepas tu kita ada nama C... Jadi, penulis ni adalah... dia bukan penulis sebelum ni, dia pelukis!

Bila dia tulis buku dia yang pertama, buku petama meletop! Buku kedua meletop! Dan gaya penulisan dia... 80% nak sama dengan Ain Maisarah! Bukan senang tau... dan dia ada attitude yang bagus jugak.

Jadi, kita meraikan juga penulis ini walaupun dia angka ke-5 (dalam carta Penulis Paling Tinggi Royalti) sebab dia tulis buku nomik. Kalau dia kekal dengan gaya sekarang, masuk dalam novel which is sekarang ni dia tengah laju, dia nampak duit dia dekat bahagian novel. Tapi kami sedang melarang dia juga, jangan melompat sangat sebab nomik pun kena kekal. Kita nak buka market nomik tu.

Jadi, penulis ini... penulis harapan BLINK setakat ini! Haaa... saya bagitahu sebab saya nak orang lain pun rasa tercabar dan baiki cara penulisan korang. Capai 80% of gaya (penulisan) Ain Maisarah dan memang Ain Maisarah akan suka!

Kalau rangka cerita atau penulisan datang dari penulis ni, dia (Ain Maisarah) kalau boleh nak edit buku tu dulu. Bayangkan...

So, penulis ni jugak akan pergi umrah tahun ni! Moga doakan kita supaya berganda-ganda (kejayaan)! Kita nak royalti kita tahun depan naik tiga kali. Doa lebih sikit!

Buku dia yang keluar hujung tahun tu kalau keluar awal sikit, dia memang akan masuk dalam list (Top 3 royalti tertinggi)  sebab buku dia paling laju, paling hebat sekali jualan dia tahun ni, Lembaga Kerusi Belakang iaitu penulisnya Mohd Shazwan bin Zulkapli (nama betul Aman Wan. Ahaks!)~!!"



  Boleh tengok ucapan ini secara video di sini.
Pedulikan ekspresi wajah Aman yang bermuka teruja serentak terharu, tapi bajet cool! :p


* * * * *

InsyaAllah jika dipanjangkan umur, tahun depan Aman mahu lakukan lebih baik! Kita dengar pula apa kata Tuan Pengurus masa itu ya. :)


MALAM ANUGERAH BLINK
24 JUN 2016


-out-

Hadiahnya Mekah

$
0
0

Hari Jumaat, pada bulan Ramadhan, di bumi Mekah, bersama semua ahli keluarga. Sememangnya bestday yang terhebat dan tak mungkin dilupa! Allahuakhbar!

Pengalaman berada di tanah suci ini adalah satu pengalaman baru dan berbeza dalam hidup Aman. Suasananya, tujuannya, orangnya. Memang tak tahu nak cerita macamana.

Dahulu, Aman tak faham kenapa ramai orang asyik sebut-sebut rindukan Mekah dan Kaabah. Aman tak faham kerana selalu dimomokkan dengan cerita ala-ala Mastika tentang pembalasan di sana.

Tetapi, selepas Aman alami suasana di sini, apa yang boleh Aman katakan, Aman kini faham dan juga sangat merindui Mekah dan Kaabah.


Suatu hari nanti, aku akan kembali!

Amin!

1 JULAI 2016

-out-

Sebalik Kisah Korban

$
0
0
 Arghhhh!! Wahhhh!! Emmmm!!

Novel KORBAN KERUSI BIRU akhirnya berjaya terbit ke pasaran! Yeay!!
Sememangnya terasa bagaikan kelahiran baby baru lagi! Ini adalah buku Aman yang ke-8 secara rasminya. Namun, diri ini tetap teruja!

Baiklah, sebenarnya ada banyak kisah ketika proses menghasilkan buku ini. Jadi, mari kita berpatah kembali pada 1 bulan yang lepas ya!

* * * * *

Sebulan yang lepas, (14 Ogos 2016) semuanya bermula dengan sesi perbentangan cerita novel terbaru.

Aman telah membentangkan sebuah cerita spin-off kepada novel Lembaga Kerusi Belakang (yang tajuk masih dirahsiakan!). ALHAMDULILLAH! Cerita itu mendapat lampu hijau daripada Tuan Amal dan Kak Ain Maisarah! Ianya cerita novel cinta namun jalan ceritanya berlaku pada masa yang sama ketika kisah Lembaga Kerusi Belakang sedang berlangsung.

Aman sangat-sangat tidak sabar mahu menyiapkan novel ini! Ini adalah salah satu eksperimen Aman dalam genre romantik lagi mengada-ngada. Pastinya sesiapa yang membaca akan muntah pelangi. Hahaha!


Oh, tidak! Novel ini bukanlah sambungan kepada Lembaga Kerusi Belakang, ianya hanyalah spin-off. Sebuah cerita disebalik kisah Nadiya diserang hantu, rupa-rupanya berlaku kisah sweet-muweet di dalam kelas yang sama! Hehe! InsyaAllah siri LKB itu akan ada 3 buku. Buku kedua bertajuk Korban Kerusi Biru masih lagi dalam proses editing (pada masa itu). Buku ketiga pula masih dalam perancangan.

Aman sempat juga berbual dengan Kak Ain Maisarah berkenaan konsep buku penutup kepada siri ini, Alhamdulillah Kak Ain suka dan Aman akan pastikan rangka lengkap disiapkan sebelum cerita ini dibentang secara official nanti. Yosh!

Oh, kemudian pada malam harinya, Kak Editor telah menunjukkan final cover untuk Korban Kerusi Biru, iaitu buku kedua di dalam siri LKB ini. Pehh... memang terbaik! Memang syaiton habis kavernya. hahaha! Aman begitu teruja dan risau pada masa yang sama. Teruja, kerana cerita dan kavernya seakan sesuai sekali. Ianya heavy dan a bit dark berbanding LKB. Namun sedikit risau sekiranya novel ini tidak di approve oleh guru dan ibu bapa. huhu. Semoga korang doakan novel ini mendapat sambutan hangat ya!


Kemudian setelah beberapa, hari Kak Editor memberikan proof novel Korban Kerusi Biru untuk Aman semak jalan ceritanya. Ini kerana ada perubahan di bahagian ending. Kak Editor kata ending original terlalu depress untuk dibaca oleh pelajar sekolah. Haha! Memang pun! Aman kalau boleh mahu biarkan sahaja endingnya begitu. Tetapi setelah Aman dan Kak Ain berbincang di markas BLINK bersama-sama, perubahan kecil dilakukan supaya ianya tidaklah 100% depress dan dark. Jadi, sesuai dengan kelompok pembaca tetapi tetap mengekalkan sisi gelap cerita ini.


Fuhhh!Lega!

* * * * *

Apapun, kini novel ini sudah pun dicetak! Aman sangat tidak sabar mahu menantikan respons dari pembaca semua. Hope ianya terhibur dan memberi kepuasan ya! 

^_____^

-out-

Yang Tak Perfect

$
0
0

Setiap kali membelek nomik-nomik ini, pasti akan terfikir "Aku boleh lukis lagi better..." ataupun "Ah...cerita ini boleh dilawakkan lagi...". Terlalu banyak perkara yang boleh dibaiki pada karya-karya ini.

Walaupun begitu, perkara itu sedikit pun tak menggugat rasa sayang pada 5 buku ini. 5 buku ini bukti pembangunan diri dan karya dalam hidup saya.

Segala lukisan yang senget, mana lawak yang hambar, segala kekurangan yang ada... itu yang membuatkan ianya istimewa.

Mungkin ini yang dikatakan...

"Imperfections is Lovable".

-out-

Cerita Kita

$
0
0
Sesuatu berlaku pada aku sekeluarga mingu ini. Sesuatu yang kami sudah jangka namun tetap memberi panahan pada hati kami semua. Ketika itu, aku terfikir... bertapa cepatnya keadaan berubah.

20 tahun yang lalu, aku hanyalah seorang budak berumur 8 tahun yang gembira dengan apa yang aku ada. Melukis di masa lapang, sanak saudara yang berdekatan, sepupu yang sentiasa bermain setiap petang... Apa yang aku fikirkan ketika itu adalah semoga suasana ini kekal sampai bila-bila.

20 tahun selepas itu, semuanya berubah. Semuanya masih seronok, semuanya masih bahagia, cuma ianya berubah. Ianya bukan lagi suasana budak 8 tahun yang bermain riang di kawasan taman. Ianya dunia jejaka 28 tahun yang kini berjuang terhadap impian.

Apa perasaan aku sekarnag ini ya?

Sekarang ini aku hidup dalam satu era di mana aku merasa sangat puas hati. Aku dapat capai apa yang aku nak, aku berada di track yang betul dan aku sangat gembira dengan jalan yang ada sekarang ini. Malah, sekeliling aku juga dipenuhi dengan rakan-rakan seperjuangan, ahli keluarga yang turut sama menempa nama dan memberi sokongan berterusan.

Aku mahu rasa ini kekal sampai bila-bila.

Namun adakah 20 tahun akan datang semuanya berubah lagi?

Ya, perubahan mematangkan kita. Sudah tentu. Ketika kecil, aku sentiasa gembira dengan 6 orang ahli keluarga sahaja. Emak, ayah, atuk, nenek, abang dan aku. Tidak perlu ruang bagi sesiapa lagi di dalam 6 orang ini. Fikir aku.

Namun, sekarang ini, aku ada ramai keluarga yang semakin berkembang dan juga yang dijemput tuhan. Hidup aku tidak lagi hanya ada 6 orang. Manusia ada yang datang dan pergi. Ada yang diganti dan ada yang jarang lagi diingati.

20 tahun akan datang, dimana tempat aku?

20 tahun selepas itu?

20 tahun selepas itu lagi?

Memang betullah hidup kita bagaikan buku cerita. Sebagus mana ceritanya, sehebat mana sambutannya, suatu masa dan ketika ia tetap akan tamat juga. Kemudian cerita yang lain akan mengambil alih pula. Kita hanya berharap, mereka yang membaca kekal menyimpan cerita kita di dalam hati mereka...

...selagi cerita mereka juga belum tamat dari dunia.

Semoga setiap cerita hidup aku berakhir dengan ending yang terbaik. 

InsyaAllah.

-out-

Risau Tapi Suka!

$
0
0
Yeah! Akhirnya novel terbaru ini dapat juga dibelai-belai lembut! Lihat, comel bukan kavernya! Ohhh...my baby!


Walaupun Aman sangat teruja dengan kelahiran buku baru ini, tetapi ketika Aman pegang novel ini tidaklah se-emosional macam selalu. Ah, adakah hatiku sudah kering? Apapun memang sangat berpuas hati!

Namun karya novel ini tetap ada kerisauan yang Aman asyik fikirkan. (Mungkin ini punca kurang emosional agaknya...) Pertama, walaupun Aman sangat suka akan kaver novel ini yang sememangnya Syaitonnnirojimm, tetapi pasaran BLINK adalah pelajar-pelajar sekolah. Oh, bagaimana ya penerimaan guru-guru dan ibu bapa terhadap kaver buku ini? Walaupun Aman jamin cerita ini memberi nilai moral tinggi serta patuh syariah, tetapi kalau dapat orang yang hanya menilai dari kaver... Fuh, memang melenting juga!

Kedua, cerita ini agak dark berbanding karya-karya Aman yang sebelum ini yang ada elemen fun-fun. Even dalam novel Lembaga Kerusi Belakang, masih lagi ada banyak moment yang ceria dan melawak. Tetapi, novel Korban Kerusi Biru ini ceritanya suram sedikit dan membawa tema yang heavy. Tidak pasti apa pendapat para pelajar apabila baca nanti. Harapnya mereka suka! Yosh!!

Ketiga, Aman sebenarnya sedang stress!! Hahaha! Sewaktu karya novel ini terbit, pada masa yang sama Aman sedang dikejar editor untuk novel terbaru yang bertemakan cinta! MasyaAllah susah dan payah betul membuat cerita cinta ini. Namun, fun juga menaip sambil menggedik! Haha! Jadi, tak sempat mahu seronok-seronok, terus kembali bekerja semula. Fuhhh!



Apapun, disebalik kerisauan itu, ada juga berita yang GEMBIRA! Pertama, walaupun baru sehari novel ini diterbitkan, tetapi sambutan pembeli online bukan main hebat! Aman baru sahaja sign 20 naskah karya, kemudian esok harinya Aman dipanggil lagi untuk sign lagi 20 naskah! Wah!

Haaa... dan berita kedua ini lebih hebat lagi! Novel pertama Aman iaitu Lembaga Kerusi Belakang diulang cetak untuk kali KELIMA! Ini bermakna, novel LKB itu sudah tercetak sebanyak 20 RIBU NASKAH dalam masa 10 bulan sahaja!!



Aman tersangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan novel ini, juga kepada yang sokong beri motivasi DAN paling utama pada korang yang sudi membaca karya Aman itu! Aman berharap novel Korban Kerusi Biru bakal mengikut jejak kejayaan abang sulungnya!

Doakan Aman ya!



^_______^

-out-

Jadi Juri Komik

$
0
0

Di suatu petang yang nyaman, tiba-tiba Aman mendapat mesej dari rakan pekomik Alakazam untuk menjadi juri kepada pertandingan Pencarian Bakat Komik Seram yang dianjurkan oleh MatKomik. Wah, ini adalah satu penghargaan yang sangat besar untuk Aman! 

Manakan tidak, Aman bukanlah pekomik yang hebat seperti beberapa rakan yang lain. Malah, peserta yang Aman akan nilai juga bukan calang-calang! Apabila membaca karya mereka, memang lebih hebat dan berbakat dari Aman! Apapun, peluang untuk memberikan pendapat dari mata seorang pembaca juga fellow pekomik adalah sangat seronok!

Berdasarkan TOP 20 yang mendapat undian tertinggi, Aman perlu pilih TOP 10 untuk menjadi pemenang. Kesemua komik TOP 10 ini akan dikompilasikan dan dijual oleh MatKomik. CooL! Oleh itu, sebagai juri Aman telah memilih kriteria-kriteria penting sebagai seorang pekomik. Kriteria yang pekomik perlu pegang untuk terus menghasilkan karya yang hebat di masa hadapan.


Menghasilkan komik bukanlah sesuatu yang mudah. Kita boleh bermimpi dan bercakap-cakap, tetapi melaksanakan impian itu sehingga akhir memerlukan tenaga dan disiplin yang kuat. Dunia komik bukan sahaja dunia seronok semata-mata. Ia juga dunia untuk mengubah sesuatu melalui karya. Ia juga sesuatu yang serius dan perlu diambil berat.

Kesemua peserta membuktikan mereka mampu SIAPKAN komik mereka, itu adalah satu kemenangan bagi Aman. Sekiranya mereka masih lagi punya impian dan tenaga untuk meneruskan, kejayaan pasti menanti mereka di dalam bidang ini. InsyaAllah!


Kepada yang mahu membaca komik-komik ini, boleh sahaja pergi ke laman web MatKomik iaitu di......



-out-


Lembaga Bertukar Cinta...

$
0
0
Lembaga Kerusi Belakang, merupakan novel sulung Aman bersama penulis Kak Ain Maisarah! Novel yang bertemakan seram ini sememangnya mendapat sambutan yang cukup hangat oleh pembaca dan para pelajar. Kini... Aman Wan telah tampil dengan sebuah novel solo, sebuah spin-off kisah si lembaga yang bertajuk Cinta Kerusi Depan! Oh, langsung tak di sangka bahawa Aman bakal menulis novel romantik! Haha! Padahal diri ini lebih enjoy dan seronok dengan tema thriller dan horror. Walaupun begitu, Aman merasa super teruja dengan penghasilan novel ini kerana beberapa faktor! Novel ini merupakan novel sulung Aman yang solo! Bermaksud, di dalam novel ini, Aman tidak menulis bersama Kak Ain Maisarah. Novel ini juga menggunakan POV pandangan pertama iaitu "aku" yang berbeza dengan kebanyakan novel-novel BLINK. Oh! Cerita novel ini juga bertempat pada waktu dan latar yang sama dengan novel Lembaga Kerusi Belakang!


* * * * *
SINOPSIS |Latihan matematik, kerja sekolah, buat nota… semuanya sentiasa lengkap sempurna! Sememangnya Fain pelajar terbaik dan suka belajar sehingga duduk pun di kerusi paling hadapan di dalam kelas. Namun, siapa sangka si gadis sempurna ini mempunyai rahsia di dalam hatinya.Senyap-senyap Fain sebenarnya memendam perasaan terhadap rakan kelas bernama Alyas, si jejaka kacak yang bersifat ceria.

Namun berbeza dengan Fain, Alyas adalah pelajar pemalas yang sering melepak di belakang kelas! Oleh sebab itu, Fain langsung tiada peluang mahu memandang si penyejuk mata itu. Mahu direnung, matanya rabun. Mahu dijeling, nanti matanya juling! Hanya papan hitam di hadapan menjadi wakil kepada wajah lelaki pujaan.Namun masalah mula menjelma, apabila guru mahu lakukan rombakan kelas yang mengasingkan pelajar cemerlang dan pelajar pemalas!

Oh, sesungguhnya retak beribu hati gadis itu apabila terpaksa menerima hakikat dirinya dan Alyas terpaksa berlainan kelas. Fain, perlu lakukan sesuatu sebelum segalanya terlambat! Malah, dia sanggup lakukan perkara salah sehingga mendapat gelaran sebagai Si Lembaga Kerusi Belakang!

* * * * *

Novel ini sangat sesuai kepada mereka yang pernah membaca novel Lembaga Kerusi Belakang kerana pembaca boleh memahami lebih mendalam akan kisah yang berlaku antara Nadiya Risa, Fain dan Laili. Malah, kepada mereka yang takut mahu membaca Lembaga Kerusi Belakang, novel ini mampu menjadi wakil untuk memahami apa yang bakal berlaku dalam novel seram itu. Haaa! Memang seronok Aman menaip novel ini kerana ianya berlaku di dalam timeline dan tempoh masa yang serentak dengan novel seram Aman!

Malah, novel ini juga berkemungkinan dikaitkan dengan buku penamat, novel seram ketiga yang sedang Aman taip sekarang ini. Jadi harapnya, semua dapat memberikan sokongan padu terhadap novel ini ya! Lelaki taip novel cinta woi! Hahaha!

Oh, ya! Di atas ini Aman sudah lukiskan konsep kaver untuk novel ini. Tetapi pastinya kaver sebenar akan lebih cantik lagi. Mari lihat sedikit teaser....



Cantik kan!?? Aman super teruja apabila tengok lukisan ini! Ia dihasilkan oleh rakan pekomik iaitu Ain Lavendra yang merupakan pelukis untuk nomik Running Star! Fuh... mahu lihat kaver penuh? Haa...nanti pada entry yang akan datang!

v (^_____^) v

-out-

Bertemu Penulis Cilik

$
0
0
Sejujurnya, antara sebab Aman menjadi penulis adalah disebabkan oleh EGO TERCABAR. Ya, ego tercabar apabila Aman lihat ada ramai pelajar sekolah renda, SEMUDA 9 TAHUN sudah pun menerbitkan novel sendiri!

Ketika itu Aman sudah terfikir-fikir... "Kalau budak kecik boleh buat novel, apa kejadahnya aku payah sangat ni?"

Jadi, sememangnya Aman sangat kagum lagi cemburu pada penulis-penulis muda yang bergelar Penulis Tunas Super kelahiran PTS ini. Fuhh!

Menariknya kali ini, pada 20 Oktober, Aman diberi peluang untuk bertemu sendiri penulis-penulis Tunas Super ini untuk sesi perkongsian ilmu bersama PTS! Wah, teruja betul! Kebetulan pula sesi kem penulisan mereka di lakukan di Pulau Pinang, yang di mana Aman ketika itu sedang menjelajah ke sana.


Pengalaman memberikan tip-tip menulis kepada mereka ini agak berbeza dengan ketika Aman memberi bengkel penulisan di sekolah. Sekirnaya di sekolah-sekolah, Aman akan tukar banyak term-term penerbitan kepada bahasa yang lebih mudah faham. Contohnya plot menjadi jalan cerita, draft menjadi rangka idea, editorial menjadi abang kakak tukang edit. Hahah!

Tetapi, ketika Aman memberikan bengkel penulisan pada Penulis Tunas Super ini, Aman terlupa bahawa mereka sudah terdedah dengan term-term penerbitan. Jadi, apabila Aman cerita...

"Okei, setiap cerita kena ada susah dan senang. Wtak tu kena ada kesusahan."

Kemudian ada seorang peserta Tunas Super bertanya. "Maksud abang, konflik ke?"

Terkedu sekejap."Ya. Konflik. Setiap watak kena ada konflik." Haha! Tersipu malu sendiri Aman masa tu. Haha! Memang mereka semua advance betul! Apapun, ia satu pengalaman menarik. Aman sangat-sangat teruja dan cemburu pada mereka kerana dapat peluang mengasah bakat bersama para penulis dan editor PTS yang tahap otai-otai seawal umur yang muda.


Mereka penulis baru, begitu juga dengan Aman. Jadi, jom sama-sama kita menulis untuk memandaikan bangsa dan hasilkan karya yang bermanfaat di dunia dan akhirat ya! Yoshhh!

-out-

Kaver Novel Cinta

$
0
0

Yeah! Punyalah seronok rasa hati apabila kaver CINTA KERUSI DEPAN kini sudah siap! Aman sangat-sangat teruja untuk menantikan novel solo Aman ini! Ia merupakan spin-off kepada novel LEMBAGA KERUSI BELAKANG yang Aman hasilkan bersama Kak Ain Maisarah. Kini Aman menulis seorang pula!

Selain itu, Aman juga sudha mendapat kelulusan LAMPU HIJAU untuk novel terakhir kepada trilogi Kisah Lembaga Kerusi Belakang! InsyaAllah akan hadir dengan tajuk Seruan Kerusi Berdarah. Ahhhh...dua perkara yang betul-betul buat Aman gembira! Semoga siri ini akan menjadi siri yang diingati oleh para pembaca!

 Teruskan menyokong Aman Wan ya! 


<3 span="">3> <3 span="">3> <3 span="">3>
-out-

Pencarian Pekomik Cilik

$
0
0
PELUANG TERBUKA UNTUK PELAJAR SEKOLAH!

Aman sangat teruja dengan projek ini! Aman telah berurusan dengan pihak BLINK untuk kendalikan cabaran yang julung kali diadakan ini. Fuhh...teruja!

Tak pasti apa yang bakal Aman dapat. Semoga karya-karya dari para pelajar nanti dapat menjadi pewaris kepada Aman. Yosh!

Masa untuk bekerja lebih keras AmanWan! Tahun 2017 bukanlah tahu bersenang lenang. Masa untuk keluar dari zon selesa. Yatta!

-out-

Kad Lawak Sekolah

$
0
0

Ini adalah kad-kad lukisan eksklusif yang Aman hasilkan untuk 21 pembaca BLINK yang menyertai #BlinkSleepover. Fuh, melukis dan memotong kad ini sampai pukul 4 pagi baru siap. Apa boleh buat, rindu pada Lawak Sekolah tidak tertahan-tahan. Jadi, bila dapat peluang lukis mereka, memang pulun habis-habisan.


Apapun, pengalaman yang fun bersama mereka yang gila-gila ini! Harapnya, kesemua peserta BlinkSleepover akan simpan memori kita bersama dan kad ini baik-baik ya. Akan datang bakal jadi rare dan mahal tahu!

-out-

Bengkel Komik 2016

$
0
0
Yeah! Tahun ini seramai 14 orang pelajar menyertai bengkel komik yang kami adakan. Jauh lebih ramai dari tahun 2015 yang hanya 4 orang sahaja peserta. Haha! Paling seronok, kesemua peserta ini punyai potensi besar menjadi pelukis yang baik!

Fuh kalau nak cerita, terlalu banyak perkara yang berlaku pada waktu ini. Aman ada banyak kerja dan manuskrip yang harus diselesaikan. Jadi, sehari sebelum sesi bengkel ini, Aman langsung tidak tidur siapkan modul! Yup, modul baru nak taip!

Kemudian, selepas Subuh Aman ke ofis Blink Trading untuk print dan set up modul tapi printer rosak. Tuhan sahaja yang tahu betapa serabutnya Aman sewaktu itu. Mujur sahaja ramai rakan di Blink Trading membantu tampal sticker, staple modul, betulkan printer, dan design poster. Aman bersiap 30 minit sebelum bengkel bermula. Pehhh...kemudian masuk ke dewan bengkel seolah-olah tiada apa-apa terjadi. Hahah!

Alhamdulilah, nasib baik jugalah tahun ini Aman tidak mengajar seorang. Aman bergabung bersama rakan pekomik Danial Haikal yang lebih hebat, lebih otai dan lebih berpengalaman mengajar komik. Jadi, dapat juga kami bahagi masa dna Aman berehat sekejap apabila Danial mengajar. Legaaa.. Apapun, kami bersama mengajar para peserta tentang:
- Teknik melukis watak
- Teknik mengasah imaginasi
- Teknik Teknik penghasilan cerita pendek
- Teknik melukis komik 4 petak
Malah, Aman berkongsi pengalaman bersusah payah yang dilalui ketika menjadi pekomik. Aman tunjukkan secara eksklusif karya-karya yang direject oleh syarikat penerbitan. Aman ceritakan setiap setik karya ditolak dan mengapa ia ditolak. Aman beritahu supaya mereka tidak ulangi kesilapan yang Aman buat dan Aman mahu tunjukkan bahawa jangan putus asa jika karya ditolak. Ada kalanya para pelajar ini punyai potensi besar tapi apabila karya ditolak, terus berhenti melukis. Sayang betul. Jadi, harpanya kisah dna perkongsian Aman dapat memberi semangat baru pada mereka. Lihatlah, sekarang ini ia berbaloi kerana Aman kini berkarya di Blink!
Danial pula berkongsi tentang penghasilan nomik pertama beliau bertajuk ROHBOT! Nomik yang bakal terbit pada tahun 2017. Para peserta dapat ikuti step by step komik itu dihasilkan. Paling seronok! Setiap peserta dapat pulang bersama 15 pages komik preview ROHBOT! Memang beruntung!
InsyaAllah, tahun depan jika ada kudrat, mungkin Bengkel ini akan diadakan lagi. Aman akan upgrade supaya ia lebih hebat dan lebih banyak ilmu diperoleh! InsyaAllah! Amin!

-out-


Tema Azam Baru

$
0
0
Tahun ini, sekali lagi Aman akan buat azam tahun baru secara bertema. Lebih mudah dan lebih fokus untuk capai. Selama ini, setiap azam tahun baru susah mahu dicapai. Tetapi, apabila menjadi dalam bentuk tema, ia lebih seronok dan simple.

Bermula tahun 2013 dengan tema "Jadi Dewasa". Tahun inilah Aman baru sedia untuk jelajah sekolah ke luar negeri, beranikan diri pandu kereta masuk highway, dan menerima ahli keluarga baru, kakak ipar.

Tahun 2014 pula "Cuba Benda Baru". Banyak perkara yang gila-gila telah dilakukan. Aman masuk ujibakat berlakon di Grand Brilliance, cipta brand T-shirt Sheeply Sweet, aktif ke seminar pengucapan awam dan tahun itu juga Aman mula berjinak merangka novel.

Tema tahun 2015 pula adalah "Pecah Rekod Lama". Segala yang Aman dah lakukan pada 2014, Aman mahu lakukan lebih hebat dan lebih baik. Jelajah 93 sekolah berbanding 65, tulis sebuah novel berbandingan tulis rangka, bergabung dengan ramai pekomik berbanding melukis solo.

Kemudian tahun 2016 menjelma dan menjadi bukti kepada tema "Jadi Penulis". Tahun mengasah bakat yang baru digilap, dan mengenal potensi diri. 3 novel berjaya terbit, 3 rangka novel berjaya disiapkan dan 9 jalan cerita mendapat kelulusan untuk ditaip.

Tahun 2017...? Fuhh...rasanya ini tema yang paling Aman risau dan susah sekali. Tetapi, waktu sudah berubah dan segalanya perlu bertukar. Perubahan dalam industri buku, perubahan potensi diri dan perubahan fikiran sebelum 30 tahun. InsyaAllah... Aman akan cuba berikan yang terbaik.

Tema tahun 2017.... "Keluar dari Zon Selesa".

Bismillah.

-out-

Siapa aku?

$
0
0
Tadi ada perbincangan berkenaan prestasi kerja sepanjang tahun lepas bersama Big Bos Blink dan Kak Ain Maisarah. Pada masa yang sama, berbincang pula tentang sasaran kerja tahun 2017 ini. Selepas habis diskusi, saja-saja mengadu pada mereka tentang krisis identiti yang dihadapi.

"Saya tak pasti mahu dikenali sebagai apa... Pelukis komik atau penulis novel? Sejak kecil memang suka melukis. Tetapi title novelis kuat juga. Ah... pening kepala. Tahun ini, saya akan cuba fokus pada jenama diri yang sebenar. Sama ada saya ini adalah pelukis ataupun novelis!"

Kemudian, saya lihat wajah Big Bos dan Kak Ain tersenyum-senyum. Big Bos kata...

"Aku dah lama nampak jenama kau."

"Eh, yang mana? Pelukis atau penulis?"

"PENOMIK."


-out-

Oh, perbincangan tadi berbincang tentang satu langkah besar karier aku. Tahun 2017 ini, semoga berjalan lancar!

Perginya seorang POYO...

$
0
0
Ini adalah entry tribute untuk arwah Kartunis Poyo yang telah meninggal dunia pada Hari Jumaat, 20 Januari 2017. Kehilangan seorang seniman, rakan, pesaing, dan juga seorang yang merupakan individu pemberi impak dalam karier Aman.

Serius, Aman susah nak terima berita pemergian Arwah Poyo atau nama sebenarnya Jefferi Abdul Rahman ini. Beliau seorang yang bercakap lemah lembut, lawak bersahaja, baik ornagnya. Sikit pun tak seperti namanya, poyo.

Jadi, entry kali ini khas untuk beliau sebagai mengenang bagaimana beliau menjadi salah seorang inspirasi dalam hidup ini.


KENAL KERANA KOMIK

OCT 2008 | Aman kenal Poyo melalui komik Kecemprengman yang dihasilkan bersama Komik-M. Ketika itu adalah waktu Aman sedang berjinak untuk masuk ke dalam industri. Aman beli, baca dan kaji komik Kecemprengman itu dan Aman sangat-sangat sukakan lawak dan cerita yang santai. Aman mula google dan terjumpa blog kepunyaan Poyo yang mencatat segala perjalanan karier dalam industri komik.


http://terlalupoyo.blogspot.my/

Aman menghabiskan masa untuk membaca ke semua entry yang ada. Segala suka duka menjadi pelukis komik sangat memberikan Aman inspirasi. Terus kerana blog inilah, Aman mewujudkan blog Comics&Career ini. Aman fikir, inilah cara yang bagus untuk Aman menyampaikan cerita dan inspirasi sama seperti yang dilakukan oleh arwah.

* * *


MAIN NYOROK-NYOROK

DEC 2008 | Tidak lama selepas Aman mengenali Komik-M, Aman dapat tahu mereka akan lakukan pertemuan bersama pekomik di MPH Mid Valley! Aman hadir ke sana dan snagat teruja. Ini kali pertama Aman bertemu pekomik dan editor dari Komik-M. Aman telah menunjukkan bakat melukis di hadapan mereka, dan lukisannya sudah tentu watak komik Poyo iaitu Kecemprengman! Ketika itu Poyo turut hadir tetapi dia menyorok belakang rak buku. Jadi, langsung tidak dapat bergambar atau tanda tangan.


Tetapi, ia tetap satu pengalaman indah buat Aman dan sudah tentunya menjadi penyebab untuk Aman terus bersemangat mahu duduk sebaris bersama pekomik-pekomik ini di masa hadapan.


Kata-kata Poyo di dalam blognya ini buat Aman tersenyum dan sekarang menangis apabila membaca... Huhu...

* * *


IMPIAN DUDUK SEBARIS

APR 2009 | Pertama kalinya, Pekomikon diwujudkan ketika Pesta Buku. Aman hadir ke sana dan pertama kali juga dapat berdepan-depan dengan Poyo. Ketika itu dia dan seorang lagi pekomik, Aviltone sedang mengadakan sesi tandatangan. Poyo ajak Aman duduk di sebelahnya. Bagi Aman ia adalah satu moment besar kerana impian untuk 'duduk sebaris dengan pekomik' seolahnya tercapai. Hari itu Aman memang happy gila.

Paling seronok, Poyo hadiahkan komik Kecemprengman 2 berserta tandatangan! Dan kini baru Aman sedar, ini adalah signature pertama dan terakhir yang Aman terima dari Poyo. Inilah satu-satunya...


* * *



MELUKIS BERSAMA

DEC 2009 | Akhirnya Aman officially bergelar 'pekomik' apabila karya Aman diterbitkan di dalam antologi Aku, Kau dan Komik #2 keluaran Komik-M. Aman berkarya bersama ramai pekomik hebat termasuk jugalah Poyo. Boleh lihat dibelakang buku ada preview komik kami berdua yang diletakkan atas bawah... 


* * *


PEMINAT KECEMPRENGMAN

DEC 2009 | Sebagai peminat komik Kecemprengman, Aman turut tidak terlepas menghasilkan fanart watak komik sebagai sokongan. Malah, pernah juga Aman nyatakan hasrat untuk sambung komik ini pada beliau dan beliau jawab selamba, "Lukislah. Boleh je~".


Tetapi hasrat itu Aman pendamkan saja kerana tidak mungkin Aman mampu hasilkan komik Kecemprengman yang lawak dan best seperti yang arwah hasilkan. Namun, dapat menjadi watak cameo sebagai villain Kecemprengman cukup memuaskan hati ini.


* * *


LAWAK BUDAK SEKOLAH & LAWAK SEKOLAH

APR 2012 | Komik Kecemprengman terhenti sirinya namun Poyo kembali dengan sebuah siri yang cukup bestseller iaitu Lawak Budak Sekolah. Pada ketika itu juga, Aman sedang berkarya bersama BLINK dengan nomik berjudul Hebat ke Sekolah! Namun tajuk ini ditukar menjadi LAWAK SEKOLAH oleh Big Bos.


Judul yang hampir sama dengan Poyo. Ketika itu Aman sangat risau jika dia marah, namun Poyo tetap cool dan sokong karya Aman ini. Malah, dia sempat juga menghasilkan fanart sebagai tanda sokongan. Dia sememangnya tidak poyo kan?

* * *


BESTSELLER DI SEKOLAH

OCT 2016 | Aman semakin busy menjelajah ke sekolah mempromosi 5 buku Lawak Sekolah. Namun, setiap kali itu juga, 3 naskah karya Lawak Budak Sekolah oleh Poyo tetap menjadi pemenang di hati para pelajar. Aman akui agak tercabar namun gembira juga. Kami mula menjadi rakan pekomik dan pesaing. Aman juga mahu Lawak Sekolah menjadi bestseller dan disukai seperti karya beliau.

Poyo juga rajin singgah ke FB Official Aman dan LIKE setiap gambar para pelajar yang membeli komik-komiknya. Aman perasan dan cuba mencari gambar yang mempunyai moment2 best seperti gambar ini. Aman harap, cerita ringkas seperti ini akan terus membuatkan dia berusaha hasilkan karya...


* * *

Aman jarang bertemu dengan beliau selain di Pesta Buku. Ini pun 2 tahun lepas hanya bertemu secara terserempak dan bersembang dalam 5 minit. Langsung tidak sempat duduk ngeteh. Namun, respek Aman pada Poyo tetap tinggi seperti mana pada rakan pekomik lain.


Ini adalah gambar terakhir kami berdua ketika Pesta Buku 2016. Kenangan ini akan Aman simpan dan semoga pembaca yang membaca blog ini akan dapat inspirasi seperti mana yang telah beliau berikan pada Aman suatu ketika dahulu. InsyaAllah...


" Poyo, karya kau telah menginspirasi aku personally dan aku sangat pasti ia berjaya menceriakan hati setiap pembaca. Semoga setiap inspirasi dan keceriaan yang kau berikan pada kami ini memberikan pahala dan ganjaran buat kau di sana...

Aku doakan kau sekarang bersama orang-orang yang soleh dan terpelihara oleh-Nya... Selamat tinggal dan semoga pertemuan kita seterusnya di Syurga nanti...

Kau akan terus diingati. 

Forever Big Fan. "

-out-



Jatuh Cinta Lagi

$
0
0

Aku jatuh cinta.
Setiap kali terbitnya buku baru, aku bagai dipanah cupid! Oh, perasaan yang sangat bahagia dan dilamun angau hanya kerana sebuah buku. Sememangnya segala tentang novel terbaru ini buat aku gembira!

Ah, memang kelakar memikirkan aku menulis novel genre begini. Namun agak puas hati juga. Seronok bermain ayat dan mencipta plot romantik komedi. Tetapi, untuk hasilkan full romantik? Oh, aku bukanlah orangnya.

Apapun, aku cukup puas hati sekarnag ini. Yosh! Kembali hasilkan karya hantu bunuh-bunuh baby! Muahahaha!!

-out-
Viewing all 120 articles
Browse latest View live